Do'a Isteri Sholehah (Do'a Calon Bidadari Syurga)



Ya Allah, yaa Rabbi...
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arshy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah -Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia -Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh -Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kekurangan dan keburukannya

Ya Allah Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang dicintai
Isteri yang solehah 
Isteri yang senantiasa dihati
Isteri yang dihormati
Isteri yang dihargai
Aku ingin Kau jadikan Bidadari surga-Mu, yaa Rabbi..

Kabulkan do'a hamba yaa Rabb..

Amin, Ya Rabbi Allamin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar